UTHM Institutional Repository

Penerapan dan kesedaran kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum silat dalam kalangan pelajar UTHM

Esa, Ahmad and Khalid, Kamaruddin and Warman, Sarebah and Ali, Aida Ilyani (2014) Penerapan dan kesedaran kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum silat dalam kalangan pelajar UTHM. In: Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014 , 8-9 Jun 2014, Bandung, Indonesia .

[img]
Preview
PDF
Penerapan_dan_Kesedaran_Kemahiran_Kepimpinan.pdf

Download (671kB)

Abstract

Kemahiran kepimpinan merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi terutama bagi mencapai matlamat organisasi itu. Namun begitu, pembentukan jati diri berlandaskan budaya bangsa kurang diberi perhatian oleh pelajar dalam membangun kemahiran kepimpinan mereka. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti wujudnya pembangunan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kegiatan kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (PSSGMUTHM). Seramai 15 orang pelajar dan seorang jurulatih PSSGMUTHM terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes dengan mengaplikasikan kaedah analisis data secara triangulasi berasaskan Model Teori Pembangunan Chickering. Data kajian diperolehi daripada analisis dokumen PSSGMUTHM, pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Dapatan diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 19.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga skor min. Dapatan kajian mendapati pelajar yang menyertai PSSGMUTHM telah diterapkan dengan kemahiran kepimpinan seterusnya sedar dan menguasai kemahiran ini. PSSGMUTHM disyorkan agar dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dan program dalam persatuan seperti mengadakan program pengantarabangsaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran kepimpinan; silat; pelajar; jati diri
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 26 Oct 2014 06:59
Last Modified: 26 Oct 2014 06:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5610
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year