UTHM Institutional Repository

Pelancongan pulau di Malaysia

Mapjabil, Jabil and Ibrahim, Yahaya and Tan, Wan Hin (2014) Pelancongan pulau di Malaysia. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-62-4

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku Pelancongan Pulau di Malaysia adalah karya suntingan yang meneliti tentang perkembangan dalam pembangunan, pengurusan dan implikasi pelancongan pulau di Malaysia daripada pelbagai isu dan perspektif. Buku ini terdiri daripada EMPAT bahagian, iaitu: Bahagian A : Pembangunan Pelancongan di Pulau Peranginan Bahagian B : Pengurusan Ciri Tarikan dan Kemudahan Pelancongan Pulau Bahagian C : Implikasi Pembangunan Pelancongan Pulau Bahagian D : Isu Pelancong Antarabangsa dan Pulau Terpilih Buku ini memberikan manfaat dan amat berguna kepada mereka yang ingin mengkaji atau memperolehi pengetahuan lanjut tentang topik pelancongan pulau khususnya dalam konteks pembangunan, pengurusan dan implikasinya di Malaysia. Ia meliputi pelbagai pendekatan penulisan dan penghujahan dari yang bersifat konseptual sehinggalah kepada kajian kes terpilih. Justeru, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti para pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan dan kajian pelancongan pulau di Malaysia. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah.

Item Type: Book
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Apr 2015 07:34
Last Modified: 05 Apr 2015 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5938
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item