UTHM Institutional Repository

Pelancongan di Pulau Langkawi: pembangunan dan implikasi

Mapjabil, Jabil (2014) Pelancongan di Pulau Langkawi: pembangunan dan implikasi. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-90-7

Full text not available from this repository.

Abstract

Pulau Langkawi merupakan lokasi yang menjadi tumpuan pengkaji untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang pelancongan. Justeru, keperluan kepada penerbitan hasil karya ilmiah dalam bidang ini adalah signifikan dengan keperluan semasa. Buku ini boleh digunakan oleh pelbagai pihak sebagai rujukan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang perkembangan industri pelancongan di sesebuah pulau peranginan dalam konteks pembangunan dan implikasinya. Buku ini memaparkan pelbagai topik tentang pelancongan di Pulau Langkawi berdasarkan hasil penyelidikan semasa serta disokong dengan sumber literatur, statistik dan rajah yang relevan dan terkini. Ia mencakupi beberapa kajian yang berkaitan dengan tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi seperti ekopelancongan, geopark, pelancongan sukan dan pelancongan membeli-belah, selain tarikannya sebagai destinasi pelancongan pulau. Beberapa bab dalam buku ini seperti isu kitaran hayat pelancongan, impak globalisasi dan aplikasi GIS dalam meneliti perubahan guna tanah pulau didapati amat signifikan dalam konteks kelestarian pembangunan pelancongan pada masa hadapan. Selain itu, buku ini memberikan informasi berguna kepada pihak pemegang taruh termasuk pembuat dasar dalam bidang pelancongan khususnya berkaitan dengan isu implikasi pelancongan, pengalaman percutian pelancong serta penerimaan komuniti tempatan.

Item Type: Book
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 15 Oct 2014 12:18
Last Modified: 15 Oct 2014 12:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5946
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item