UTHM Institutional Repository

Kejiranan dan kesejahteraan hidup masyarakat di bandar

Shafii, Haryati (2012) Kejiranan dan kesejahteraan hidup masyarakat di bandar. Penerbit UTHM. ISBN 978-983-0468-22-8

Full text not available from this repository.

Abstract

Dewasa ini, perhatian masyarakat terhadap konsep Bandar Sejahtera, Bandar Sihat, Bandar Hijau dan Bandar Berdayahuni kian mendapat tempat. Keperluan manusia terhadap habitat yang selamat dan sejahtera merupakan satu keperluan dan ianya wajar diberi perhatian oleh pihak pemerintah. Justeru, apabila memperkatakan tentang kualiti hidup dan kesejahteraan bandar, maka buku ini merupakan sebahagian daripada rentetannya. Isu utama yang diutarakan dalam buku ini adalah berkaitan Kejiranan dan Kesejahteraan hidup masyarakat bandar, merupakan satu isu yang relevan dan tepat pada masanya memandangkan isu kemampanan Bandar. Bandar berdayahuni semakin mendapat perhatian dan diwacanakan baik dalam kalangan ahli akademik, pembuat dasar dan orang perseorangan. Buku ini telah memilih posisi untuk berkongsi isu kejiranan yang dilihat berada dalam situasi “miskin diamalkan” oleh masyarakat bandar. Justeru, pendirian penulisan untuk mempersembahkan hasil penyelidikan tentang kejiranan di bandar, adalah wajar memandangkan nilai-nilai kejiranan semakin kabur diamalkan oleh masyarakat bandar. Kesibukan bekerja, hambatan waktu dan sikap orang bandar yang “gah” dengan “engkau-engkau dan aku-aku”, perlu diganti dan disuburkan dengan nilai kejiranan yang positif iaitu “saling mengenal, bantu membantu, mengambil endah” dan sebagainya. Ini kerana nilai kejiranan yang positif telah terbukti antaranya boleh mengekang kejadian jenayah komuniti. Dua hasil kajian berkaitan dengan kejiranan telah disingkap melalui hasil kajian di dua taman perumahan iaitu di Johor Bharu, Johor dan di Majlis Perbandaran Kajang, Selangor. Buku ini telah berjaya membongkar faktor-faktor kelangsungan hubungan kejiranan dalam kalangan penduduk bandar, juga berjaya meneliti faktor-faktor yang menghalang hubungan kejiranan berlangsung dengan baik dalam kalangan penduduk. Pentingnya hubungan kejiranan ini dilihat berdasarkan jenis dan reka bentuk rumah adalah sebagai menilai perancangan yang telah dijalankan oleh pihak perancang supaya penambahbaikan dapat dilakukan di masa-masa akan datang. Selain itu, peri pentingnya faktor-faktor yang menghalang hubungan kejiranan diselidiki supaya ianya dapat disuburkan kembali. Hakikatnya hubungan kejiranan dapat menyumbang ke arah peningkatkan kualiti hidup yang baik di bandar.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Oct 2014 07:29
Last Modified: 07 Oct 2014 07:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6009
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item