UTHM Institutional Repository

Metamorfosis: ubi panis, ibi patria: di mana ada roti, di sanalah negara ku

Ku Halim, Ku Hasnan (2013) Metamorfosis: ubi panis, ibi patria: di mana ada roti, di sanalah negara ku. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-32-7

Full text not available from this repository.

Abstract

Sesungguhnya kecintaan kepada negara itu bukan hanya setakat ungkapan di bibir semata-mata, atau hanya bersifat simbolik dengan cara kaedah menghormati simbol-simbol negara iaitu pemimpin, lagu, Lambang, bendera sepertimana seringkali di lakukan. Ianya lebih daripada itu, kecintaan kepada negara boleh diperlihatkan dengan pelbagai cara. Apa-apa sahaja yang kita lakukan demi untuk negara boleh sahaja dianggap sebagai patriotisme. Kepercayaan rakyat pula menggambarkan sejauh manakah pemerintahan negara mendapat kepercayaan daripada rakyat samada melalui kebijaksanaan memimpin dan mengurus Negara serta membangunkannya melalui slogan, gagasan mahupun wawasan tertentu yang serasi serta sebati dengan iltizam bangsa serta Negara itu. Pemerintah yang mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat akan dapat melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan lancar dan berkesan. Isu patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Atas rasa kecintaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepada Bangsa, Agama dan Negara, ke arah menempatkan diri dalam kalangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, buku kecil ini cuba sedaya-upaya untuk dihasilkan oleh sekumpulan warga akademik warga Malaysia, agar sedikit-sebanyak pengetahuan dan perkongsian bistari sesama warga dapat direalisasikan. Ini juga setidak-tidaknya memperkemaskukuhkan lagi rasa jati diri sesama kita yang bernaung di bumi Malaysia sebagai menjiwai pepatah lama iaitu dimana bumi dipijak, disitu langit akan dijunjung. Mudah-mudahan akan terpencar kebenaran dari kenyataan itu dengan bersandarkan kepada bab-bab yang bakal ditemui oleh pembaca di dalam buku kecil ini. Metamoforsis akan berterusan dan berpanjangan dalam kita bernegara.

Item Type: Book
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Oct 2014 07:02
Last Modified: 07 Oct 2014 07:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6019
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item