UTHM Institutional Repository

Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah

Kiong, Tee Tze and Md Yunos, Jailani and Mohamad, Baharom and Othman, Widad and Heong, Yee Mei (2010) Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. In: International Conference On Education 2010, 24-27 Mei 2010, Brunei Darussalam.

[img]
Preview
PDF
Jailani_(ICE_2010).pdf

Download (388kB)

Abstract

Aktiviti berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Kemahiran berfikir pula bergantung kepada kemahiran seseorang individu untuk mengendalikan potensi kecerdasan otaknya. Som dan Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir ini mampu menyampaikan idea seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Menurut Tee et al. (b) (2009), terdapat beberapa alat berfikir yang lazim digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia iaitu soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, peta minda dan Cognitive Research Trust (CoRT). Namun begitu, setiap jenis alat berfikir mempunyai fungsi dan kegunaan yang unik. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan. Widad dan Kandar (2006) pula menyatakan bahawa peta minda adalah alat berfikir yang sangat berguna. Artikel ini akan membincangkan konsep alat berfikir yang meliputi jenis dan kegunaan. Selain itu, artikel ini juga turut membicarakan kepentingan penggunaan peta minda dalam mengambil nota secara khusus.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: alat berfikir, peta minda
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Library > General Items
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 28 Dec 2010 04:17
Last Modified: 29 Apr 2011 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/609
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year