UTHM Institutional Repository

Kompetensi pelajar dalam pembelajaran dewasa menggunakan model kompetensi iceberg

Mohd Salleh, Kahirol and Khalid, Nur Hidayah and Sulaiman, Nor Lisa (2014) Kompetensi pelajar dalam pembelajaran dewasa menggunakan model kompetensi iceberg. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
KOMPETENSI_PELAJAR_DALAM_PEMBELAJARAN.pdf

Download (83kB)

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengkaji tahap kompetensi pelajar dalam pembelajaran dewasa menggunakan model kompetensi iceberg dari sudut keperluan pembelajaran, penggunaan pembelajaran dan strategi pembelajaran seterusnya mengenalpasti hubungan antara tahap kompetensi dengan keperluan, penggunaan dan strategi pembelajaran. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian dengan kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dewasa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Program Khas Pensiswazahan Guru Besar dan Skim Latihan Dual Nasional. Skor min, sisihan piawai dan pemeringkatan digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Korelasi Pearson digunakan untuk melaporkan hubungan antara tahap kompetensi dengan keperluan dan strategi pembelajaran dan ujian regresi pelbagai untuk melaporkan pengaruh keatas tahap kompetensi. Dapatan kajian menunjukkan keperluan pembelajaran bagi pelajar adalah tinggi tetapi terdapat perbezaan mengikut jantina, umur, pengalaman kerja dan program yang diikuti. Tahap kompetensi pelajar adalah tinggi'tetapi dipengaruhi oleh faktor jantina dan pengalaman kerja. Analisis ke atas strategi pembelajaran mendapati strategi pembelajaran berasaskan masalah merupakan strategi yang paling sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dewasa. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari segi statistik antara tahap kompetensi dengan keperluan pembelajaran dan strategi pembelajaran. Kuliah, pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes merupakan strategi-strategi pembelajaran yang mempengaruhi tahap kompetensi pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pembelajaran dewasa; kompetensi; strategi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2015 08:21
Last Modified: 05 Jan 2015 08:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6202
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year