UTHM Institutional Repository

Penerapan ciri-ciri keusahawanan menerusi P&P di kalangan pelajar

Megat Salleh, Nan Nurul Hidayah and Puteh, Saifullizam (2014) Penerapan ciri-ciri keusahawanan menerusi P&P di kalangan pelajar. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
PENERAPAN_CIRI-CIRI.pdf

Download (90kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Penerapan Ciri-Ciri Keusahawanan Menerusi P&P Di Kalangan pelajar. Ciri-ciri tersebut ialah mempunyai pengetahuan, berkeyakinan, berdaya kreatif, berani mengambil risiko,mahir berkomunikasi, jujur dan ikhlas. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang meliputi beberapa aspek iaitu penerapan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajaf, kemampuan pensyarah, subjek keusahawanan dan perbezaan jantina pelajar . Responden kajian terdiri daripada pelajar tahun akhir dari tiga Fakulti Kejuruteraan di UTHM iaitu FKEE, FKAAS dan FKMP. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dan sampel kajian terdiri daripada 3 13 orang pelajar. Data kajian dianalisis dengan secara statistik deskriptif dan inferensi di mana dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, skor min dan Ujian T. Dapatan hasil kajian mengenai penerapan ciri keusahawan dalam diri pelajar adalah tinggi iaitu melebihi nilai 3.67. Skor min keseluruhan yang diperolehi bagi kemampuan pensyarah mengikut persepsi pelajar adalah 4.22 dan berada pada tahap yang tinggi. Melalui Ujian T didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara penerimaan ciri keusahawanan pelajar antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2015 08:07
Last Modified: 05 Jan 2015 08:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6205
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year