UTHM Institutional Repository

Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk matapelajaran sistem elektronik 1 di politeknik

Baharin, Mohd Norbi (2003) Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk matapelajaran sistem elektronik 1 di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_PENBELAJARAN_BERBANTU_KOMPUTER_UNTUK_MATAPELAJARAN_SISTEM_ELEKTRONIK_1.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
KEBOLEHGUNAAN PENBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER UNTUK MATAPELAJARAN SISTEM ELEKTRONIK 1 DI POLITEKNIK full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kebolehgunaan Pembeiajaran Berbantu Komputer (PBK) untuk membantu proses pembeiajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik. Satu perisian kursus PBK telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5,Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop. Kajian ini meninjau persepsi pelajar daripada aspek penerimaan mereka terhadap kaedah PBK, aspek kemudahan dalam pembeiajaran, aspek kemahiran penyelesaian masalah dan aspek memotivasikan pelajar melalui kaedah PBK. Seramai 36 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester satu Sijil Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Data dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan kebolehgunaan perisian kursus yang dibangunkan boleh membantu pelajar dalam proses pembeiajaran berdasarkan purata min keseluruhan bagi setiap persoalan kajian iaitu aspek penerimaan pelajar terhadap PBK (4.09), aspek memudahkan pembeiajaran pelajar (4.07), aspek memberi kemahiran penyelesaian masalah (3.99) dan aspek memotivasikan pelajar melalui kaedah PBK (3.90). Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap perisian kursus yang dibangunkan dan kaedah pembeiajaran yang digunakan adalah baik kerana boleh digunakan untuk membantu pembeiajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Computer-assisted instruction, Teaching -- Aids and devices
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 02 Feb 2011 06:51
Last Modified: 11 Nov 2019 01:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/629
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year