UTHM Institutional Repository

Pembentukan dan pengujian amalan pengurusan risiko sukan jurulatih Institut Pendidikan Guru Malaysia persepsi atlet

Mustaffa, Fatimah and Jemali, Mohd Ali and Esa, Ahmad (2013) Pembentukan dan pengujian amalan pengurusan risiko sukan jurulatih Institut Pendidikan Guru Malaysia persepsi atlet. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. ISSN 1511-6530

[img]
Preview
PDF
20._Journal_IPG_Temenggung_Ibrahim.pdf

Download (385kB)

Abstract

Pengurusan risiko sukan penting bagi menyediakan persekitaran program sukan yang selamat dan organisasi sukan boleh mengurangkan liabiliti undang-undang serta meningkatkan reputasi organisasi. Pengurusan risiko sukan bertujuan mengelakkan dan meminimumkan kemalangan dalam sukan Negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom telah guna pakai model pengurusan risiko yang standard. Ini menunjukkan organisasi yang menawarkan atau melaksanakan program atau aktiviti sukan, model pengurusan risiko sukan sangat penting dan perlu ada satu model yang standard. Walau bagaimana pun institusi pendidikan di Malaysia tiada model amalan pengurusan risiko sukan yang standard yang boleh diguna pakai oleh guru, pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sukan. Kajian ini memberi fokus kepada konstruk amalan pengurusan risiko sukan yang dominan, perbezaan antara demografi dengan amalan pengurusan risiko sukan dan juga hubungan antara konstruk amalan pengurusan risiko sukan. Seramai 120 orang responden iaitu seramai atlet adalah terdiri daripada guru pelatih yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia yang terdiri daripada 67 orang guru pelatih lelaki dan 53 orang guru pelatih perempuan. Kaedah analisis data yang digunakan berbentuk deskritif dan inferensi menggunakan Model Rasch dengan perisian Winsteps. Dapatan kajian konstruk amalan pengurusan risiko sukan telah dapat dihasilkan iaitu terdiri daripada pengenalpastian, pelaksanaan, pemilihan operasi dan pelaksanaan. Melalui analisis faktor yang dijalankan pula, mendapati semua faktor yang dihasilkan telah menepati kriteria yang ditetapkan oleh Model Rasch iaitu bersifat unidimensi. Berdasarkan kajian faktor yang paling dominan adalah konstruk pelaksanaan serta kompetensi memberi sumbangan terhadap amalan pengurusan risiko sukan. Kesimpulannya melalui kajian ini, konstruk-konstruk amalan pengurusan risiko sukan telah dapat dikenal pasti dan disahkan di mana konstruk-konstruk tersebut bersifat unidimensi. Kompetensi pengetahuan, kemahiran dan sikap jurulatih turut menyumbang terhadap amalan pengurusan risiko sukan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: konstruk amalan pengurusan risiko sukan; analisis komponen utama; model pengukuran rasch
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Date Deposited: 28 Jan 2015 08:20
Last Modified: 28 Jan 2015 08:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6308
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year