UTHM Institutional Repository

Penghasilan modul pembelajaran kendiri (mpk) untuk mata pelajaran kaedah membatik

Abd. Kadir, Noorhati (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri (mpk) untuk mata pelajaran kaedah membatik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(MPK)_UNTUK_MATA_PELAJARAN_KAEDAH_MEMBATIK.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) UNTUK MATA PELAJARAN KAEDAH MEMBATIK full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Kaedah Membatik. MPK yang dibina adalah berbentuk compact disk(CD) dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan MPK dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian ini terdiri daripada 34 orang pelajar semester enam Diploma Rekaan Fesyen Dan Pakaian,Politeknik Johor Bahru. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar, disamping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Individualized instruction,Compact discs in education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 29 Mar 2011 03:57
Last Modified: 11 Nov 2019 01:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/643
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year