UTHM Institutional Repository

Gaya pembelajaran dan gaya komunikasi : satu pendekatan untuk mengesan karakter pelajar politeknik

Lee, Ming Foong and Jaes, Mohd Fahmi and Tan, King Hyiang (2014) Gaya pembelajaran dan gaya komunikasi : satu pendekatan untuk mengesan karakter pelajar politeknik. In: Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam PLTV (CiE-TVET) 2014, 25-26 Ogos 2014, Mersing, Johor, Malaysia.

[img] PDF
Gaya_Pembelajaran_dan_Gaya_Komunikasi.pdf

Download (298kB)

Abstract

Gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah seseorang itu belajar sesuatu. Gaya komunikasi pula merujuk kepada kaedah seseorang itu menerima dan memproses maklumat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dan gaya komunikasi antara pelajar politeknik yang lulus dan gagal Kursus Trengkas. Ia juga bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kedua-dua aspek ini terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar semester satu, dua dan tiga sahaja kerana mereka mengambil kursus trengkas pada semester tersebut. Kajian ini dihadkan kepada dua buah politeknik yang mempunyai perbezaan pencapaian pelajar dalam Kursus Trengkas. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Inventori gaya pembelajaran Dunn & Dunn (1975) dan senarai semak kendiri Losier (2009) digunakan untuk mengumpul data. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan skor min, kekerapan, peratus, sisihan piawai, Spearman rho dan Ujian Mann-Whitney. Dapatan kajian menunjukkan pola gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran emosi, manakala pola gaya komunikasi pelajar yang paling dominan pula adalah auditori. Ujian Korelasi Spearman menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua gaya pembelajaran dan gaya komunikasi. Dapatan kajian turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran mahupun gaya komunikasi antara pelajar yang lulus dan gagal dalam Kursus Trengkas. Secara ringkasnya, pensyarah dan pelajar harus mengamalkan gaya pembelajaran dan gaya komunikasi bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: gaya pembelajaran; gaya komunikasi; pelajar politeknik; kursus trengkas; pengajaran dan pembelajaran berkesan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 29 Mar 2015 08:12
Last Modified: 29 Mar 2015 08:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6733
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year