UTHM Institutional Repository

Keterlibatan pelajar secara aktif dalam kokurikulum (sukan) terhadap peningkatan kemahiran generik

Rozali, Mohd Zulfadli and Puteh, Saifullizam (2014) Keterlibatan pelajar secara aktif dalam kokurikulum (sukan) terhadap peningkatan kemahiran generik. In: Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kali ke-4 (CiE-TVET 2014), 25-26 Ogos 2014, Mersing, Johor.

[img] PDF
Keterlibatan_Pelajar_Secara_Aktif_Dalam_Kokurikulum.pdf

Download (394kB)

Abstract

Penglibatan secara aktif pelajar di dalam aktiviti sukan dilihat dari pelbagai peringkat pencapaian bermula dengan mewakili kolej kediaman, fakulti, universiti dan juga peringkat antarabangsa dengan mewakili negara di temasya- temasya sukan yang berprestij tinggi. Kemahiran- kemahiran yang cuba diterapkan di dalam aktiviti kokurikulum ialah kemahiran generik. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum dapat membantu bagi mencorakkan kemahiran generik pada diri pelajar sebagai bekalan dalam mempromosikan diri di alam pekerjaan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji tahap peningkatan kemahiran generik dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan teknikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum (sukan). Sampel kajian melibatkan 196 pelajar dari 400 pelajar UTHM yang terlibat dalam 19 jenis sukan. Kajian ini menumpukan kepada mengenalpasti faktor penglibatan pelajar, tahap pengaplikasian pelajar dan persepsi pelajar menerusi penglibatan mereka secara aktif dalam kegiatan kokurikulum (sukan). Kajian tinjauan dengan mengunakan pendekatan kaedah kuantitatif akan dijalankan. Instrumen soal selidik yang dibina secara umumnya bertujuan untuk menjawab objektif utama kajian dan persoalan kajian bagi kajian ini diedarkan kepada pelajar yang merupakan atlit UTHM yang bergiat aktif dalam kokurikulum (sukan). Data yang diperolehi menggunakan set soal selidik akan diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 19.0. Faktor-faktor yang mendorong penglibatan pelajar dan tahap pengaplikasian kemahiran generik yang diterima pelajar menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti sukan akan dapat dikenalpasti mengunakan kajian deskriptif. Dapatan dari kajian ini akan dapat membantu dalam memberi cadangan secara menyeluruh bagi meningkatkan pengusaan kemahiran generik oleh pelajar menerusi penglibatan dalam kokurikulum sukan di UTHM dan Institut Pengajian Tinggi yang lain

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kokurikulum dan kemahiran generik
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 09 Apr 2015 06:28
Last Modified: 09 Apr 2015 06:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6756
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year