UTHM Institutional Repository

Tinjauan terhadap keberkesanan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohamed, Mohd Faizullah and Ibrahim, Badaruddin and Shaari, Norlida (2014) Tinjauan terhadap keberkesanan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. In: Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kali ke-4 (CiE-TVET 2014), 25-26 Ogos 2014, Mersing, Johor.

[img] PDF
Tinjauan_Terhadap_Keberkesanan_Program_Pembelajaran.pdf

Download (283kB)

Abstract

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah proses memperkayakan modal intelek yang semakin menjadi sebahagian daripada cara hidup. Perlaksanaan program atau kursus PSH di kolej komuniti sememangnya amat bermanfaat kepada setiap golongan masyarakat. Kolej komuniti ditubuhkan bagi mensasarkan penawaran keperluan pendidikan kepada pelajar atau peserta setempat dan juga komuniti tempatan yang tinggal di sesuatu kawasan. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta setelah mengikuti kursus PSH di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen Set Ujian Penilaian Pengetahuan dan Borang Pentaksiran Kompetensi Kemahiran ke atas 55 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan peserta mengikut kolej komuniti peserta (F = 26.476, P = 0.000). Manakala bagi tahap kemahiran peserta pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kolej komuniti (F = 0.396, P = 0.675). Ini menunjukkan bahawa faktor kolej komuniti mempengaruhi tahap pengetahuan peserta tapi tidak mempengaruhi tahap kemahiran peserta berkaitan kursus yang sertai. Justeru itu penyertaan masyarakat dalam kursus pembelajaran sepanjang hayat seharusnya terus digalakkan supaya mereka dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan taraf hidup

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pembelajaran sepanjang hayat; kolej komuniti
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 08 Apr 2015 06:45
Last Modified: 08 Apr 2015 06:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6759
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year