UTHM Institutional Repository

Tahap kematangan e-pembelajaran:satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Che Radzi, Muhammad Firdaus (2008) Tahap kematangan e-pembelajaran:satu kajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_KEMATANGAN_E_-_PEMBELAJARAN__SATU_KAJIAN_DI_UNIVERSITI_TUN_HUSSIEN_ONN_MALAYSI.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
TAHAP KEMATANGAN E - PEMBELAJARAN SATU KAJIAN DI UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA ( UTHM) full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah univerisiti yang menerapkan pembeiajaran dan pengajaran berkonsepkan sistem e-pembelajaran. Namun begitu, belum ada kajian terhadap tahap keberkesanan dan kemampuan sistem e-pembelajaran yang digunapakai dijalankan. Kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap kematangan e-pembelajaran di UTHM dari sudut pembangunan kandungan sistem e-pembelajaran berdasarkan Model Kematangan e-Pembelajaran (EMM) oleh Marshall (2007). Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 30 orang ketua panel bidang, 33 orang pensyarah dan 30 orang ahli jawatankuasa e-pembelajaran di UTHM. Responden dipilih berdasarkan peranan masing-masing dalam amalan sistem e-pembelajaran di UTHM. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian diperkukuhkan lagi melalui kaedah temu bual terhadap beberapa staf yang terlibat secara langsung dengan sistem epembelajaran di UTHM. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (skor min) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian mendapati tahap sokongan kepada pensyarah, pengurusan sumber sistem e-pembelajaran dan tahap penggunaan piawaian e-pembelajaran berada pada tahap kurang matang.Manakala tahap perkaitan antara teknologi, pedagogi dan kandungan berada pada tahap yang tidak matang. Kesimpulannya, tahap kematangan e-pembelajaran dari sudut pembangunan kandungan e-pembelajaran di UTHM adalah berada pada tahap kurang matang.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Computer-assisted instruction -- Study and teaching,Internet in education, Computer managed instruction
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 29 Mar 2011 04:29
Last Modified: 11 Nov 2019 01:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/683
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year