UTHM Institutional Repository

Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi menerusi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran

Md Yunos, Jailani and Tee , Tze Kiong and Yee, Mei Heong and Hussein, Atan and Sri Sumarwati, Sri Sumarwati (2013) Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi menerusi peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FRGS_0741.pdf

Download (2MB)

Abstract

Tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi bagi pelajar tingkatan I di Malaysia adalah berada pada tahap sangat rendah. Manakala, kajian analisis keperluan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah rendah perlu mempelajari kemahiran berfikir dan teknik mengambil nota. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian hi menggunakan pendekatan kuantitatif dan modifikasi reka bentuk Kuasi Eksperimental yang terdiri daripada tiga kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 157 o~ang pelajar. Ujian kemahiran berfikir aras tinggi iaitu Ujian SEA (Synthesis, , EyaEuation and Analysis) dirnodifikasi dan diagihkan kepada sampel kajian untuk n$.i ?hehlai tahap kemahian berfikir aras tinggi. Rubrik peta minda Buzan dibangunkan untuk menilai tahap penguasaan peta rninda Buzan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pos SEA dan ujian pos pencapaian antara kumpulan rawatan 1 (KRI), kul~~pularnaw atan 2 (W)ku,m pulan rawatan 3 (KR3) dan kumpulan kawalan (KK) secara keseluruhan. Narnun begitu, hanya KRl dan KR2 sahaja yang mempunyai perbezaan yang signifrkan min markah antara ujian pra dan pos SEA secara keseluruhan. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifkan rnin markah antara ujian pra dan pos pencapaian dalam KR1, KR2, KR3 dan KK secara keseluruhan. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif sederhana yang signifkan antara kemahiran berfikir aras tinggi dengan ujian pencapaian, r = .539, p < .05, antara peta minda Buzan dengan kemahiran berfikir aras tinggi, r = .557, p < .05 serta antara peta minda Buzan dengan ujian pencapaian, r = .513, p < .05. Secara keseluruhan, terdapat keberkesanan yang signifrkan pendekatan pengintegrasian kemahiran berfikir dan peta minda Buzan menerusi penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 10 May 2015 08:12
Last Modified: 18 Jan 2016 08:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6890
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year