UTHM Institutional Repository

Potensi peningkatan tahap pendidikan, kemahiran dan produktiviti komuniti belia luar bandar (rural youth) yang tidak menyambung pengajian

Masek, Alias (2015) Potensi peningkatan tahap pendidikan, kemahiran dan produktiviti komuniti belia luar bandar (rural youth) yang tidak menyambung pengajian. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
STG_1292.pdf

Download (3MB)

Abstract

Dalam menghadapi era pembangunan yang semakin berkembang pesat, belia perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan latihan kemahiran dimana belia merupakan aset penting kepada Negara dan menjadi tunggak utama dalam pembangunan ini. Namun, masih terdapat ramai belia terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak menyambung pengajian dalam bidang akademik mahupun latihan kemahiran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti latar belakang belia yang tidak menyambung pengajian, inisiatif belia untuk menyambung pengajian, kecenderungan bidang pengajian, dan faktor halangan bagi belia yang tidak menyambung pengajian. Kajian tinjaun menggunakan soal selidik telah dijalankan secara rawak terhadap 53 orang belia di sekitar Parit Raja. Data dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, dan min skor. Dapatan menunjukkan bahawa golongan belia yang tidak menyambung pengajian majoritinya terdiri daripada belia lelaki iaitu 38 orang manakala inisiatif yang diambil oleh belia yang tidak menyambung pengajian berada pada tahap yang tinggi W n = 3.53). Bagi kecenderungan minat belia terhadap bidang pengajian pula, ia berada pada tahap yang tinggi (Min = 3.98) iaitu pada bidang teknik dan vokasional. Faktor keluarga menjadi punca utama mengapa belia tidak menyambung pengajian berbanding faktor halangan yang lain (Min ~ 3 . 6 2 )S.e cara keseluruhannya, belia di kawasan luar bandar ini berpotensi untuk menyambung pengajian dalam bidang akademik dan latihan kemahiran, narnun terdapat halangan dan kekangan yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan apa yang diinginkan. Implikasinya, promosi hams dijalankan secara lebih giat lagi bagi memberi pendedahan kepada belia luar bandar terhadap kepentingan menyambung pengajian sama ada dalam bidang akademik mahupun latihan kemahiran.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2015 07:23
Last Modified: 14 May 2015 07:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6902
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year