UTHM Institutional Repository

Pembangunan kerangka keupayaan di peringkat komuniti ke arah kelestarian pelancongan berasaskan komuniti (community based tourisme) di Malaysia

Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Mustafa, Mohamad Zaid and Ab Hadi, Mohd Yusop and Madar, Ahmad Rizal and Abd Rahman, Azmanirah and Yaakob@Mohamed, Maziana and Ibrahim Mukhtar, Marina and Roddin, Rohayu and Ahad, Rosnee (2014) Pembangunan kerangka keupayaan di peringkat komuniti ke arah kelestarian pelancongan berasaskan komuniti (community based tourisme) di Malaysia. Other thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FRGS_0755.pdf

Download (3MB)

Abstract

Keupayaan komuniti merupakan elemen penting dalam memastikan kelestarian pembangunan homestay. Kegagalan program homestay dikaitkan dengan ketidakupayaan komuniti dari apek pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan sokongan masyarakat. Sehubungan itu, kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrument utama bagi proses pengumpulan data. Selain daripada itu, temubual separa berstruktur dijalankan ke atas pengerusi homestay dan ketua kampung bagi mengukuhkan dapatan yang berbentuk kuantitatif. Bilangan sampel kajian adalah seramai 140 orang yang membabitkan enam buah homestay dalam Koridor Ekonomi Pantai Timur. Pengumpulan data mentah dianalisis menggunakan Statistical for Social Science (SPSS) 26 for Windows manakala data temu bual dianalisis berdasarkan tema. Analisis data yang dijalankan adalah menggunakan analisis deskriptif dan ujian Anova. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat mempunyai persepsi kefahaman yang sederhana dari aspek penjanaan ekonomi. Manakala, tahap kesediaan dari aspek pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan sokongan masyarakat yang secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, kajian ini telah menggambarkan penglibatan komuniti dalam pembangunan program homestay dipengaruhi oleh keupayaan diri ahli komuniti itu sendiri.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 11 May 2015 08:39
Last Modified: 11 May 2015 08:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6910
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year