UTHM Institutional Repository

Instrumen penilaian kemahiran generik dalam kursus pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK): satu analisis literatur

S. S. Bakar, Shed Muhd Kamal and Esa, Ahmad and Syed Abdullah, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (2013) Instrumen penilaian kemahiran generik dalam kursus pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK): satu analisis literatur. In: Persidangan Pentaksiran Pra Universiti dan Pendidiakn Tinggi 2013, 21 September 2013, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
3._Seminar_Pendidikan_UTHM_Seminar_UTHM_Sept_2013_-_Kajian_Literature.pdf

Download (104kB)

Abstract

Kemahiran Generik penting dalam sektor pendidikan terutamanya di institusi perguruan. Menguasai kemahiran generik membolehkan bakal pelatih guru bersaing dalam dunia pekerjaan. Walaubagaimanapun bagi kursus-kursus tertentu di IPG seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) tiada instrumen yang dapat menilai kemahiran generik dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi tujuan menghasilkan satu instrumen yang boleh digunakan bagi menilai kemahiran generik para guru pelatih, di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dalam kertas kerja ini beberapa konsep berkaitan dengan kemahiran generik yang merangkumi domain psikomotor, kognitif dan afektif dikemukakan. Menerusi kertas kerja ini juga, beberapa konsep kajian berkaitan kemahiran generik, program ijazah sarjana muda pendidikan yang merangkumi kajian tentang kurikulum serta pelaksanaannya di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia, perihal kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, perihal instrumen penilaian yang digunakan untuk menilai kemahiran generik, perihal model pembangunan ujian, dan tentang teori-teori pengukuran yang dijadikan panduan dan rujukan dalam kajian. Pembinaan instrumen dilaksanakan mengikut prosedur asas yang melibatkan sepuluh langkah dan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat reka bentuk, pembinaan dan pengesahan. Pada peringkat reka bentuk, pengkaji telah membahagikan kepada empat langkah, iaitu tujuan pembinaan instrumen, menentukan kandungan instrumen, memberi definisi dan membina jadual spesifikasi instrumen. Pada peringkat pembinaan,pengkaji membahagikan kepada penulisan item, penghakiman panel pakar dan semakan item. Pada peringkat pengesahan terdapat tiga langkah,iaitu kajian rintis, analisis kebolehpercayaan dan kesahan dan penambahbaikan item. Cabaran pendidikan kini mengalami transformasi yang semakin ketara dengan wujudnya kurikulum baru. Para guru pelatih dituntut untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya, justeru penerapan kemahiran generik ini perlu dilakukan sejak latihan perguruan lagi. Oleh itu, satu instrumen yang sah dan boleh dipercayai adalah perlu untuk mengukur kemahiran generik agar kemahiran tersebut dapat dikenalpasti dan ditingkatkan sebelum guru pelatih melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: instrumen kemahiran generik; pendidikan jasmani dan kesihatan; guru pelatih
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Date Deposited: 19 May 2015 12:40
Last Modified: 19 May 2015 12:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6924
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year