UTHM Institutional Repository

Konflik pengambilan tanah Orang Asli : kajian kes di Johor dan Selangor

Zainal Abidin, Zainal Zulhilmi (2015) Konflik pengambilan tanah Orang Asli : kajian kes di Johor dan Selangor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ZAINAL_ZULHILMI_ZAINAL_ABIDIN.pdf

Download (581kB)

Abstract

Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran. Objektif kajian ini adalah (1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, (2) Menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat dan (3) Menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif telah digunakan melalui kaedah temubual semi struktur. Temubual ini telah dijalankan ke atas lima belas responden utama daripada pihak berkepentingan iaitu enam orang Tok Batin dan Penolong Batin bagi setiap kampung yang terlibat, dua pegawai daripada pejabat tanah Negeri Johor dan Selangor, tiga pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli , seorang pegawai daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), seorang wakil badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia , dan seorang ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik di antara masyarakat Orang Asli, konflik di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa serta konflik di antara agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesan pengambilan tanah dapat dilihat melalui kesan terhadap sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi masyarakat Orang Asli yang terlibat. Kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat adalah melalui rundingan, bayaran pampasan, menggunakan saluran mahkamah, Dasar Pemberi Milikan Tanah Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 09 Nov 2015 07:32
Last Modified: 09 Nov 2015 07:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7011
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year