UTHM Institutional Repository

Kajian pemboleh-pemboleh ubah yang mempengaruhi aras pengetahuan, tindakan dan kesedaran murid sekolah rendah di Johor terhadap isu alam sekitar

Liew Abdullah, Nurul Hidayah (2015) Kajian pemboleh-pemboleh ubah yang mempengaruhi aras pengetahuan, tindakan dan kesedaran murid sekolah rendah di Johor terhadap isu alam sekitar. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NURUL_HIDAYAH_LIEW_ABDULLAH.pdf

Download (13MB)

Abstract

Isu utama kajian ini ialah tentang kesedaran murid sekolah rendah terhadap alam sekitar yang belum sepenuhnya mencapai objektif yang telah ditetapkan meskipun Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum telah dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1998. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk (i) mengenal pasti pandangan guru tentang keberkesanan kurikulum Sains tahun 6 dari segi kesedaran murid terhadap alam sekitar; (ii) mengenal pasti pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku antara murid sekolah bandar dan luar bandar terhadap isu-isu alam sekitar; (iii) mengenal pasti kekangan-kekangan yang wujud dalam usaha untuk melestarikan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid dan (iv) membentuk model untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Kawasan kajian ini merangkumi kawasan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada responden murid (685 kaji selidik, 81 temu bual), 58 responden pentadbir dan 225 responden ibu bapa yang dipilih secara rawak mudah manakala 22 responden guru dipilih secara teknik persampelan bertujuan. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini untuk memperoleh keputusan kajian yang lebih kukuh. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah dan statistik inferensi seperti ujian t, korelasi Pearson dan korelasi Spearman’s rho, regresi pelbagai dan ujian partial least squares (PLS) serta model persamaan sturktural (Structural Equation Modeling-SEM) manakala data kualitatif pula dianalisis secara manual. Hasil kajian memaparkan kurikulum Sains tahun 6 adalah kurang sesuai dan perlu ditambah baik untuk memenuhi tuntutan semasa. Analisis terhadap data pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan masing-masing menghasilkan iaitu t=1.005 (p≤.315); t=-1487 (p≤.137); t=-.687 (p≤.492) and t=1.413 (p≤.158). Data juga menunjukkan semua pemboleh ubah adalah saling berhubung antara satu sama lain iaitu pada aras keyakinan p≤0.01. Kekangan utama yang dihadapi oleh pelaksana di peringkat sekolah ialah kekurangan kewangan, bahan, masa, pengetahuan dan pemantauan pihak atasan. Model Peningkatan Kesedaran Alam Sekitar dibina berdasarkan hasil kajian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Hasil ujian SEM menunjukkan model ini adalah sesuai dengan data yang dicerap dan membuktikan model kajian ini diterima. Kesimpulannya, kesepaduan semua pihak yang berkepentingan diperlukan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 09 Nov 2015 06:12
Last Modified: 09 Nov 2015 06:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7053
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year