UTHM Institutional Repository

Hubungan personaliti guru terhadap kemahiran proses sains pelajar

Tahir, Norhaiza (2015) Hubungan personaliti guru terhadap kemahiran proses sains pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORHAIZA_BINTI_TAHIR_24.pdf

Download (971kB)

Abstract

Personaliti guru merupakan antara faktor dalam membantu meningkatkan prestasi dan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar tetapi kurang diberi perhatian oleh guru. Kurangnya minat pelajar ditambah dengan persepsi negatif terhadap matapelajaran sains juga menyumbang kepada penurunan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri personaliti guru serta hubunganya dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains disamping mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Seramai 219 orang pelajar tahun lima di tiga buah sekolah rendah telah dipilih. Soal selidik NEO-PI-R oleh McCrae & Costa dan diterjemahkan oleh Khairul Anwar telah digunakan bagi mendapatkan data berkenaan ciri personaliti guru manakala ujian kemahiran proses sains asas (KPSA) yang diadaptasi dari ujian yang dibina oleh Padilla, Cronin dan Twiest dan telah digunakan oleh pengkaji lepas digunakan bagi mengesan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan perisian Winsteps dengan aplikasi model Rasch. Analisis deskriptif menunjukkan ciri personaliti guru dimensi conscientiousness mendapat skor min tertinggi diikuti dimensi extraversion, agreeableness, openness dan neurotisme. Penguasaan pelajar dalam kemahiran mengelas dan membuat inferens mencapai peratus cemerlang tertinggi dan diikuti dengan kemahiran membuat perhubungan ruang dan masa, kemahiran meramal dan kemahiran memerhati. Analisis inferensi korelasi Pearson menunjukkan terdapat perhubungan yang positif pada tahap lemah, sederhana dan tinggi diantara lima dimensi ciri personaliti guru terhadap tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan pentingnya ciri personaliti guru terhadap meningkatkan pencapaian kemahiran proses sains dan seterusnya membantu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan terhadap konsep dan prinsip sains pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 07:17
Last Modified: 29 Oct 2015 07:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7074
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year