UTHM Institutional Repository

Faktor yang mendorong kecenderungan pelajar kolej vokasional ke arah bidang keusahawanan

Miaat, Eriniwati Aliza (2014) Faktor yang mendorong kecenderungan pelajar kolej vokasional ke arah bidang keusahawanan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ERINIWATI_ALIZA_BINTI_MIAAT_24.pdf

Download (861kB)

Abstract

Masih ramai graduan yang menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di IPT. Masalah pengangguran pada masa kini boleh diatasi dengan menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya mantap yang memberikan peluang berpotensi tinggi potensi untuk diterokai. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor yang mendorong kecenderungan pelajar KV ke arah bidang keusahawanan. Terdapat empat faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu faktor kemahiran, sikap, latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar semester 3 di tiga buah KV iaitu KV Puteri, KV Chenor dan KV Temerloh. Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu skor min dan korelasi Pearson menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 18.0. Dapatan menunjukkan skor min bagi faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan pada tahap tinggi iaitu masing-masing 4.02, 4.04 dan 3.93. Manakala bagi faktor latar belakang keluarga menunjukkan skor min yang sederhana iaitu 2.78. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran keusahawanan. Sebagai kesimpulan, faktor kemahiran, sikap dan latar belakang pendidikan mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi, manakala faktor latar belakang keluarga hanya mempengaruhi kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap sederhana.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: keusahawanan; kemahiran; sikap; latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 06:54
Last Modified: 29 Oct 2015 06:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7082
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year