UTHM Institutional Repository

Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model

Affendi, Fatimah (2014) Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FATIMAH_BINTI_AFFENDI_24.pdf

Download (722kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan kepuasan kerja guru-guru Kolej Vokasional kepada komitmen mereka terhadap organisasi. Ianya merangkumi faktor yang menyumbang kepada kepuasan kerja, iaitu peluang kenaikan pangkat, kepimpinan pengetua, persekitaran kerja, beban kerja, dan hubungan dengan rakan sekerja. Soal selidik diedarkan kepada 308 guru dari Kolej Vokasional Batu Pahat, Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Muar, Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru dan Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru, Johor bagi mendapatkan maklumat kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS 16 untuk analisis deskriptif manakala AMOS 18 telah digunakan untuk Structural Equation Model (SEM). Kajian mendapati bahawa peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan rakan sekerja dengan ketara mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kajian ini juga mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dan komitmen kerja. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru berpuas hati dalam melakukan pekerjaan, dan ini bermaksud peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan dengan rakan sekerja perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ianya ketara memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja di kalangan guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 06:52
Last Modified: 29 Oct 2015 06:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7084
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year