UTHM Institutional Repository

Tinjauan pendapat pelatih ke atas pentaksiran berasaskan institusi di Institusi Latihan Kemahiran Awam

Mohamed Ibrahim, Izan Rozaimie (2014) Tinjauan pendapat pelatih ke atas pentaksiran berasaskan institusi di Institusi Latihan Kemahiran Awam. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
IZAN_ROZAIMIE_BINTI_MOHAMED_IBRAHIM_24.pdf

Download (489kB)

Abstract

Kajian ini berjudul “Tinjauan Pendapat Pelatih Ke Atas Pentaksiran Berasaskan Institusi Di Institusi Latihan Kemahiran Awam”. Kajian kuantitatif deskriptif berbentukan kajian kes institusi ini bertujuan melihat amalan PBI di empat institusi latihan berbeza. Objektif kajian adalah untuk menentukan ciri-ciri amalan PBI mengikut pendapat pelatih. Hipotesis pertama menguji pendapat pelatih yang mendakwa wujud hubungan kukuh antara institusi dan hipotesis kedua, pendapat pelatih yang mendakwa wujud kesamaan antara institusi yang dikaji. Kajian ini memfokus dalam kalangan pelatih program Asas Pendawaian Elektrik Tahap Satu dari IKM Lumut (93 pelatih), GiatMARA Teluk Intan (37 pelatih), IKBN Seri Iskandar (74 pelatih) dan ILJTM Ipoh (107 pelatih) menggunakan pendekatan persampelan penuh berdasarkan enrolmen sedia ada.. Data mentah diproses secara statistik deskriptif untuk menghitung min bagi pangkatan dan sisihan piawai. Dapatan analisis data menunjukkan min pendapat keseluruhan pelatih (311 : 100 peratus) adalah pada tahap kesamaan yang tinggi(min = 4.23) pada serakan pendapat yang rendah (Sisihan Piawai= 0.78). Analisis inferensi menguji ujian hipotesis pertama, melalui pekali Pearson-r = -0.141, iaitu hubungan antara institusi yang dikaji dengan PBI adalah hubungan songsang, di mana ujian hipotesis kedua, analisis Anova menunjukkan F kiraan = 1.484 melebihi Jadual F, memutuskan menolak H null, yang mengatakan wujud persamaan amalan PBI antara institusi yang dikaji. Kajian ini merumuskan wujud kesamaan pendapat pelatih mengenai amalan PBI dalam program Sijil Pendawaian Elektrik mengikut institusi yang dikaji.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Pentaksiran Berasaskan Institusi (PBI); sijil pendawaian elektrik tahap satu; SLDN; Institusi Latihan Vokasional Awam; autonomi
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 06:44
Last Modified: 29 Oct 2015 06:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7087
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year