UTHM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran insaniah pelajar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform di UTHM

Jumelan, Juliza Ezaida (2014) Penguasaan kemahiran insaniah pelajar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
JULIZA_EZAIDA_BINTI_JUMELAN_24.pdf

Download (543kB)

Abstract

Kemahiran Insaniah (KI) pelajar IPT meliputi tujuh elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan dan teknologi maklumat, kemahiran etika moral, kemahiran keusahawanan, dan juga kemahiran kepimpinan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform berdasarkan kepada persepsi pelajar UTHM dan juga persepsi jurulatih. Kajian ini juga mengenal pasti kedudukan elemen kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar berdasarkan persepsi pelajar dan persepsi jurulatih dan seterusnya mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap penguasaan kemahiran insaniah berdasarkan jantina. Seramai 285 orang pelajar dan 32 orang jurulatih di badan-badan beruniform UTHM telah terpilih untuk menjadi responden kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dengan nilai Alpha (α) bagi set pelajar adalah 0.96 dan set jurulatih adalah 0.93. Seterusnya, data kajian sebenar yang telah dirumuskan dalam bentuk deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan statistik inferens iaitu Ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan (0.622 > 0.05) persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan kemahiran insaniah melalui penglibatan aktiviti badan beruniform berdasarkan jantina. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap yang tinggi untuk kesemua elemen kemahiran insaniah. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan yang telah dikemukan bagi kajian lanjutan dalam meningkatkan kualiti graduan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 10 Sep 2015 07:17
Last Modified: 10 Sep 2015 07:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7089
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year