UTHM Institutional Repository

Kecenderungan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat memilih latihan vokasional

Mohd Alwi, Meor Mohd Nazir (2014) Kecenderungan pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat memilih latihan vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MEOR_MOHD_NAZIR_BIN_MOHD_ALWI_24.pdf

Download (1MB)

Abstract

Masalah kekurangan bilangan pelajar yang mengikuti latihan vokasional menjadi fenomena di ADTEC Batu Pahat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sebab bilangan pelajar yang memilih untuk menjalani latihan vokasional di ADTEC Batu Pahat tidak mencapai sasaran perancangan setiap sesi pengambilan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sumber maklumat latihan vokasional yang dirujuk, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat untuk menceburi bidang vokasional dan persepsi pelajar setelah menjalani latihan vokasional di ADTEC Batu Pahat. Kajian dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik Likert berskala lima mata. Daripada 208 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 194 borang bersamaan dengan sembilan puluh tiga perpuluhan dua tujuh peratus borang dikembalikan dan diproses. Responden terdiri daripada para pelajar semester 4 dan semester 5 Jabatan Komputer dan Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran ADTEC Batu Pahat. Perisian SPSS versi 20.0 telah digunakan bagi menganalisa data kajian secara frekuensi, min dan peratus. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa laman web merupakan sumber maklumat utama pelajar untuk mencari maklumat berkaitan latihan vokasional, manakala faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk menceburi bidang vokasional adalah peluang kerjaya. Analisa data juga mendapati responden mempunyai persepsi positif terhadap ADTEC Batu Pahat serta turut bersetuju untuk mencadangkan pusat latihan ini sebagai pilihan untuk latihan vokasional bagi kemasukan baru. Justeru, penggunaan laman web di samping memperhebatkan promosi dan kempen pemasaran dengan mempelbagaikan kaedah amat penting bagi menarik bakal pelajar baru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 07:37
Last Modified: 29 Oct 2015 07:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7091
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year