UTHM Institutional Repository

Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Temerloh

Yusof, Mohd Khairul Azhar (2014) Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_KHAIRUL_AZHAR_BIN_YUSOF_24.pdf

Download (784kB)

Abstract

Amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga mengenalpasti perhubungan di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan pelajar terhadap amalan keselamatan yang dikaji. Lokasi kajian ini ialah Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Pahang. Responden seramai 296 orang merupakan pelajar daripada enam program utama di KVT yang menggunakan bengkel iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi Binaan, Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Instrumen kajian kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Sebanyak 45 item soalan telah dibina untuk menjawab setiap persoalan kajian. Data dianalisis secara kaedah Purata Indeks dan Analisis Ujian Spearman’s rho yang menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 18. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap pengetahuan (4.66), tahap kesedaran (4.54) dan tahap penerimaan (4.51) pelajar terhadap perlaksanaan amalan keselamatan bengkel adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati wujudnya perhubungan secara statistik di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan bengkel. Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian ini dapat dilakukan di institusi kemahiran yang lain agar dapat digeneralisasikan dapatannya. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini didapati tahap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar KVT adalah pada tahap yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 29 Oct 2015 07:37
Last Modified: 29 Oct 2015 07:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7093
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year