UTHM Institutional Repository

Stres guru yang mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan

Mohd Taha, Norreza (2014) Stres guru yang mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORREZA_BINTI_MOHD_TAHA_24.pdf

Download (576kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Rekabentuk dan Teknologi di mana responden adalah seramai 105 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa stres kerja dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban tugas. Dapatan kajian juga mendapati faktor paling dominan menyumbang kepada stres dalam kalangan guru ialah beban tugas. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap stres guru berada pada tahap sederhana bagi semua faktor. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stres kerja guru di antara jantina bagi faktor kekangan masa dan hubungan interpersonal. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jantina bagi faktor tingkah laku pelajar, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan dan beban tugas. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap stres kerja di antara guru-guru berdasarkan kepada pengalaman mengajar. Hasil kajian ini dicadangkan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan aspek pengurusan stres supaya guru-guru dapat menangani stres seterusnya meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2015 06:31
Last Modified: 08 Nov 2015 06:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7096
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year