UTHM Institutional Repository

Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi pembinaan di kolej vokasional

Syed Ali, Syed Jaafar (2014) Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi pembinaan di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
SYED_JAAFAR_BIN_SYED_ALI_24.pdf

Download (618kB)

Abstract

Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan separa mahir, guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali. Tujuan kajian ini adalah untuk: (i) mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan di kolej vokasional; (ii) mengenal pasti perbezaan dari pengetahuan berdasarkan jantina dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan; dan (iii) mengenalpasti perbezaan dari segi kemahiran berdasarkan pengalaman guru dalam proses pengajaran amali Teknologi Pembinaan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Seramai 60 orang guru yang dipilih secara sampel bertujuan yang merupakan guru yang mengajar amali Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional negeri Pahang. Data-data di analisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuan Rasch bagi mendapatkan nilai skor min dan min logit. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran amali Teknologi Pembinaan berada pada tahap yang tinggi. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina iaitu guru lelaki lebih berpengetahuan dalam pengajaran amali teknologi pembinaan berbanding guru perempuan. Manakala tidak terdapat perbezaan kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar iaitu guru baru mengajar mempunyai kemahiran amali yang sama dengan guru yang sudah lama mengajar. Pengkaji berharap hasil kajian dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya melibatkan pengajaran amali di bengkel.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2015 06:39
Last Modified: 26 Jul 2020 07:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7101
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year