UTHM Institutional Repository

Faktor yang mendorong pencapaian akademik pelajar dalam program kimpalan di kolej vokasional

Wan Yusop, Wan Mohd Fazli (2014) Faktor yang mendorong pencapaian akademik pelajar dalam program kimpalan di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_MOHD_FAZLI_BIN_WAN_YUSOP_24.pdf

Download (2MB)

Abstract

Dalam mengejar arus pembangunan menuju Wawasan 2020 pada masa kini, negara kita perlu bersedia dalam menyediakan tenaga kerja yang mahir dan bersesuaian dengan sektor yang ditawarkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipertanggungjawabkan menyediakan tenaga kerja mahir ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar program kimpalan di Kolej Vokasional. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor personaliti, faktor persekitaran dan faktor keluarga serta diperincikan kepada beberapa aspek yang utama iaitu aspek minat, sikap, disiplin, peralatan, tenaga pengajar, rakan sebaya, sosioekonomi dan tanggungjawab keluarga. Kajian ini melibatkan lima buah kolej yang terpilih mengikut zon di semenanjung Malaysia iaitu Kolej Vokasional Sungai Petani 1, Kolej Vokasional Shah Alam, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Kolej Vokasional Kluang dan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 148 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel rawak mudah. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) V.21. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor personaliti merupakan faktor yang sangat mendorong pencapaian akademik pelajar dengan nilai purata skor min adalah 3.92 dan aspek minat merupakan aspek yang sangat mendorong pencapaian akademik dengan nilai purata skor min adalah 4.02 bagi pelajar program kimpalan di Kolej Vokasional. Diharapkan hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha memperbaiki dan mengembangkan program yang terdapat di Kolej Vokasional.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
T Technology > TS Manufactures > TS200-770 Metal manufactures. Metalworking
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2015 06:41
Last Modified: 08 Nov 2015 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7102
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year