UTHM Institutional Repository

Penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk teknologi

Wan Mansor, Wan Nur Hasymy (2014) Penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk teknologi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
WAN_NUR_HASYMY_BIN_WAN_MANSOR_24.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di sekolah rendah di mana populasinya seramai 110 dan responden adalah 80 orang. Data dianalisis menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrument dianalisis menggunakan program Winstep 3.69.1.11 yang mengaplikasikan model pengukuran Rasch. Melalui analisis yang dijalankan, dapatan skor min digunakan untuk menentukan meneroka unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan dan mengenal pasti unsur kecindan yang dominan. Sementara dapatan Differential Group Functioning (DGF) pula digunakan untuk mengenalpasti mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil analisis menunjukkan penerapan unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi adalah berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2015 06:43
Last Modified: 21 Jul 2020 04:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7103
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year