UTHM Institutional Repository

Pemilihan kerjaya pelajar Tingkatan 6 atas di sekolah menengah kluster di Kelantan

Zaib, Zairoslawanee (2014) Pemilihan kerjaya pelajar Tingkatan 6 atas di sekolah menengah kluster di Kelantan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
ZAIROSLAWANEE_BINTI_ZAIB_24.pdf

Download (906kB)

Abstract

Setiap individu berkehendakkan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh pengetahuan serta faktor-faktor yang ada di persekitarannya semasa proses pemilihan kerjaya itu berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti Holland, perbezaan minat kerjaya antara jantina, pendedahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar daripada Tingkatan 6 Atas di sekolah-sekolah menengah kluster di Kelantan. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Semua data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar ini cenderung kepada jenis personaliti Sosial. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan. Pendedahan yang mereka terima di sekolah adalah pada tahap yang memberangsangkan dimana pihak sekolah sentiasa memberikan maklumat mengenai kerjaya kepada pelajar. Keputusan kajian juga mendapati bahawa faktor minat merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Nov 2015 06:47
Last Modified: 19 Jul 2020 02:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7105
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year