UTHM Institutional Repository

Penguasaan teknik kemahiran fasilitator dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ismail, Siti Nor Ainsyah (2015) Penguasaan teknik kemahiran fasilitator dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SITI_NOR_AINSYAH_BINTI_ISMAIL_24.pdf

Download (908kB)

Abstract

Dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP), ia menuntut pelajar untuk belajar secara aktif dan membiasakan diri dalam situasi pembelajaran ini, manakala pensyarah sebagai fasilitator. Namun, disebabkan PBP masih kurang dipraktikkan, sebilangan pensyarah masih kurang berkeyakinan untuk mengaplikasikan teknik kemahiran fasilitator semasa PBP. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui sejauhmana penguasaan pensyarah terhadap teknik kemahiran fasilitator dalam pelaksanaan PBP. Berdasarkan kepada Model Fasilitasi Heron (2006), kajian ini memfokuskan penguasaan pensyarah terhadap dimensi kemahiran fasilitator dan jenis mod fasilitator yang sering digunakan dalam PBP. Tinjauan secara kuantitatif menggunakan soal selidik telah dijalankan dengan melibatkan 177 orang responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari semua fakulti di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dapatan kajian menunjukkan dimensi kemahiran fasilitator adalah pada tahap tinggi bagi setiap dimensi dan mod fasilitator yang sering digunakan oleh pensyarah ialah mod koperatif. Walaubagaimanapun, pensyarah tetap menggunakan mod fasilitator yang lain mengikut kesesuaian. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan penguasaan pensyarah terhadap dimensi kemahiran fasilitator dan tiada perbezaan mod fasilitator yang digunakan berdasarkan pengalaman bekerja. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pensyarah-pensyarah di UTHM mempunyai tahap penguasaan yang baik dan mengaplikasikan teknik kemahiran fasilitator dalam PBP berdasarkan Sistem Fasilitasi Heron (2006).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 10 Sep 2015 07:11
Last Modified: 10 Sep 2015 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7116
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year