UTHM Institutional Repository

Pembangunan modul pembelajaran kendiri (MPK) Perakaunan Awalan (P1105) bagi pelajar semester 1 Diploma Akauntansi dan Pemasaran di politeknik

Mohamed Rafi, Sharmili (2003) Pembangunan modul pembelajaran kendiri (MPK) Perakaunan Awalan (P1105) bagi pelajar semester 1 Diploma Akauntansi dan Pemasaran di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(MPK)_PERAKAUNAN_AWALAN_(P1105)_BAGI_PELAJAR_.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Full Text)
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) PERAKAUNAN AWALAN (P1105) BAGI PELAJAR SEMESTER 1 DIP full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji kesesuaian Modul Perakaunan Awalan (PI 105) bagi topik Pelarasan Dan Pembetulan Kesilapan yang telah dihasilkan berdasarkan pengkajian Topik Sukar bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pemasaran Semester 1 (DPR1) dan Diploma Akauntansi Semester 1 (DAT1) di politeknik - politeknik Malaysia. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang dihasilkan mengandungi ciri-ciri modul yang berkesan darisegi rekabentuk modul dan mesra pengguna, serta dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Kajian ini dilakukan ke atas 121 orang pelajar Semester 1 yang mengikuti pengajian diploma dan 9 orang pensyarah yang mengajar subjek Perakaunan Awalan (PI 105) di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Skor min bagi persoalan pertama dan persoalan kedua hasil analisis pensyarah dan pelajar yang membincangkan ciri -ciri modul darisegi rekabentuk dan mesra pengguna ialah 3.89 iaitu berada pada tahap baik. Manakala persoalan kajian ketiga membincangkan mengenai kategori modul memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ialah 3.94 menunjukkan modul ini amat diperlukan oleh pelajar di dalam proses P & P. Secara keseluruhan keputusan yang dihasilkan bagi ketiga -tiga persoalan berada di tahap setuju dan baik. Di akhir bab ini beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti MPK yang dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Depositing User: Nurul Elmy Mohd. Yusof
Date Deposited: 04 Apr 2011 03:11
Last Modified: 24 Oct 2019 00:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/727
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year