UTHM Institutional Repository

Rekabentuk mesin pengering mee siput dual automatik

Mohamad, Mahmod Abd Hakim and Shebli, M. S. and Shah, A. S. M. and Hamdani, M. A. and Shamsulbahri, W. S. W. and Kaamin, Masiri and Aziz, A. R. A. (2015) Rekabentuk mesin pengering mee siput dual automatik. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 October 2015, Seremban, Negeri Sembilan.

Full text not available from this repository.

Abstract

Projek ini adalah berkaitan dengan aplikasi teknologi mekanikal bagi menghasilkan rekabentuk mesin pengering mee siput berkuasa motor elektrik dan berfungsi secara dual automatik dengan melibatkan penggunaan talisawat semasa operasi. Hasil rekabentuk penciptaan mesin pengering mee siput dual automatik ini memudahkan pengguna atau pengusaha dalam kegunaan industri kecil dan sederhana serta kegunaan harian. Melalui kajian yang dijalankan, kaedah secara konvensional memakan masa 8 jam dan penghasilannya adalah lambat yang tidak memenuhi permintaan masyarakat. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga telah melambatkan proses pengeringan ini apabila ia melalui proses penyimpanan. Secara ringkasnya, proses penambahbaikan terhadap mesin ini terutamanya pada bahagian motor dan tali sawat amat diperlukan oleh para pengusaha mee siput bagi mempercepatkan proses pengeringan ini sehingga 3 jam. Secara keseluruhannya projek ini mempunyai objektif untuk membangun satu mesin yang melibatkan pemasangan sistem motor dan tali sawat supaya ia beroperasi secara efektif dalam proses pengeringan mee siput. Keberkesanan projek ini dalam mengurangkan kelajuan putaran rak pada mesin telah dicapai sebanyak 13.33% dengan pengurangan masa pengeringan kepada 3 jam

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: mesin; inovasi; konvensional; motor; tali sawat
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1-162 Mechanical engineering and machinery
Divisions: Centre of Diploma Studies > Department of Mechanical Engineering
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 06 Jan 2016 08:19
Last Modified: 06 Jan 2016 08:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7405
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item