UTHM Institutional Repository

Penerimaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dalam kalangan pemandu menggunakan model penerimaan teknologi

Rosli, Naida and Ambak, Kamarudin and David , Basil Daniel and Prasetijo, Joewono (2015) Penerimaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dalam kalangan pemandu menggunakan model penerimaan teknologi. Jurnal Teknologi, 75 (1). pp. 1-6. ISSN 2180-3722

[img]
Preview
PDF
kamarudin_ambak_U.pdf

Download (395kB)

Abstract

Kemalangan jalan raya merupakan isu yang sering berlaku setiap tahun. Sikap pemandu iaitu memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan merupakan salah satu punca kepada kemalangan jalan raya. Bagi mengatasi masalah ini, satu program intervensi kerajaan telah dilaksanakan iaitu pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik ataupun Automated Enforcement System (AES). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada penerimaan AES dalam kalangan pemandu serta untuk menentukan tahap penerimaan AES berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Analisis Korelasi dan Regresi telah digunakan di dalam kajian ini. Borang kaji selidik telah dibentuk berdasarkan format Driver Behaviour Questionnare(DBQ) dan TAM. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 226 orang responden dalam kalangan pemandu-pemandu kereta. Keputusan kajian ini menunjukkan faktor yang paling dominan ialah persepsi kemudahan menerima berbanding tahap penerimaan pemandu terhadap AES.Justeru, pihak berkuasa boleh menggunapakai dan meneruskan kaedah pemantauan menggunakan AES sebagai salah satu langkah aktiviti penguatkuasaan kesalahan trafik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sistem penguatkuasaan automatic; model penerimaan taknologi; analisis
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Infrastructure and Geomatic Engineering
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 01 Feb 2016 07:56
Last Modified: 01 Feb 2016 07:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7438
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year