UTHM Institutional Repository

Pengaruh kecerdasan emosi ke atas komitmen terhadap organisasi melalui estim kendiri pekerja di tempat kerja

Johar, Siti Sarawati (2015) Pengaruh kecerdasan emosi ke atas komitmen terhadap organisasi melalui estim kendiri pekerja di tempat kerja. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 Oktober 2015, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
485.pdf

Download (18MB)

Abstract

Kecerdasan emosi pada masa kini semakin diberikan tumpuan dan mendapat tempat dalam kajian-kajian berbentuk psikologi. Kecerdasan emosi dikesan boleh mempengaruhi komitmen pekerja dalam sesebuah organisasi. Penyelesaian secara teoritikal semata-mata tidak mampu merungkai isu-isu dalam psikologi organisasi kerana ia sangat berkait rapat dengan efektif, kognitif dan tingkah laku manusia di tempat kerja. Dalam kajian ini, isu-isu di tempat kerja adalah merujuk kepada kecerdasan emosi, estim kendiri dan komitmen pekerja terhadap organisasi. Tujuan khusus kajian ini adalah untuk menguji impak kecerdasan emosi di kalangan pekerja sama ada boleh mempengaruhi ataupun tidak ke atas komitmen terhadap organisasi melalui faktor estim kendiri pekerja. Seramai 162 orang penjawat awam di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah terpilih sebagai responden kajian. Alat-alat pengukuran yang digunakan dalam pengumpulan data kajian ini adalah Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) dan TCM Employee Commitment Survey Revised Version (ECS). Data-data kajian kemudiannya dianalisis menggunakan analisis regresi berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi memberikan kesan langsung ke atas komitmen pekerja. Malahan kecerdasan emosi juga memberikan kesan tidak langsung ke atas komitmen pekerja apabila faktor estim kendiri sebagai mediator adalah dikawal. Estim kendiri pekerja kemudiannya didapati berfungsi sebagai mediator sebahagian yang mempengaruhi hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen pekerja. Dapatan kajian yang terpenting adalah didapati kecerdasan emosi di kalangan pekerja berupaya menjadi lebih relevan dengan peningkatan komitmen pekerja apabila adanya elemen estim kendiri sebagai faktor mediator.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kecerdasan emosi; estim kendiri; komitmen pekerja; mediator
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF501-505 Motivation
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Jan 2016 07:56
Last Modified: 19 Jan 2016 07:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7457
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year