UTHM Institutional Repository

Malaysia: strategi kerajaan dalam menangani perubahan iklim bagi memastikan sekuriti makanan terjamin

Damin, Zahrul Akmal and Mohamed, Ahmad Martadha and Mohd. Suhaimy, Khairul Azman (2015) Malaysia: strategi kerajaan dalam menangani perubahan iklim bagi memastikan sekuriti makanan terjamin. In: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 Oktober 2015, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
499.pdf

Download (25MB)

Abstract

Isu sekuriti makanan telah mendapat perhatian yang tinggi oleh kerajaan terutama dalam konteks pertanian makanan berikutan perubahan iklim. Bagi meningkatkan jaminan sekuriti makanan terhadap pertanian makanan, kerajaan perlu merangka strategi untuk mendepani perubahan iklim yang bukan sahaja mampu merendahkan pengeluaran malahan berupaya memusnahkan tanaman makanan. Sehubungan itu, rangka kerja kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi-strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menghadapi perubahan iklim ini. Berdasarkan pendekatan kualitatif, seramai tujuh orang elit telah dipilih sebagai informan bagi mendapatkan data dengan mengguna pakai reka bentuk temu bual mendalam secara semi berstruktur. Data yang diperoleh dianalisis secara content analisis untuk melihat kekerapan dan peratusan bagi mewujudkan tema berhubung strategi kerajaan dalam menangani perubahan iklim bagi memastikan sekuriti makanan terjamin. Hasil daripada analisis data ini mendapati bahawa terdapat enam tema utama strategi kerajaan yang terhasil iaitu (i) penyelidikan dan keselamatan; bersamaan 23.15 peratus, (ii) pengurusan risiko; bersamaan 22.22 peratus, (iii) penyediaan rancangan kerja; bersamaan 21.29 peratus, (iv) pemeliharaan dan pemuliharaan; bersamaan 12.04 peratus, (v) pengurusan tanaman; bersamaan 12.04 peratus, serta (vi) pembangunan potensi; bersamaan 9.26 peratus. Adalah diharapkan hasil kajian ini mampu membantu pembuat dasar untuk merangka dan menambah baik strategi bagi menghadapi perubahan iklim dan pada masa yang sama melindungi negara daripada sebarang keadaan yang tidak diduga berkaitan dengan isu sekuriti makanan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pertanian makanan; perubahan iklim; sekuriti makanan; strategi kerajaan
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Islamic Studies and Social Science
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Jan 2016 07:47
Last Modified: 19 Jan 2016 07:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7459
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year