UTHM Institutional Repository

Pembentukan dan penilaian indikator begkel elektrik cemerlang : satu kajian di sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Mohamed Yunus, Ahmad Syukri (2003) Pembentukan dan penilaian indikator begkel elektrik cemerlang : satu kajian di sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PEMBENTUKAN_DAN_PENILAIAN_INDIKATOR_BENGKEL_ELEKTRIK_CEMERLANG_SATU_KAJIAN_DI_SEKOLA.pdf

Download (723kB)
[img] Text (Full Text)
PEMBENTUKAN DAN PENILAIAN INDIKATOR BENGKEL ELEKTRIK CEMERLANG SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH TEK full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Pembentukan dan Penilian Indikator Bengkel Elektrik Cemerlang: Satu Kajian di Sekolh Menengah Teknik Johor Bahru". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan bengkel elktrik samada cemerlang atau tidak, mengenalpasti sejauhmanakah indikator yang dihasilkan sesuai digunakan di bengkel elektrik serta mengenalpasti apakah indikator yang paling penting daJam menentukan kecemerlangan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Responden adalah terdiri daripada guru, staf sokongan sekolah dan 52 orang pelajar tingkatan lima jurusan Kejuruteraan Elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Indikator yang dihasilkan dapat dijadikan satu piawaian yang dapat menjadi panduan samada bengkel elektrik itu cemerlang atau tidak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for the Social Science version 10.0) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif iaitu taburan skor min dan peratus. Dapatan menunjukkan hampir keseJuruhan responden menyatakan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru adalah cemerlang dan indikator yang dihasilkan adalah sesuai digunakan. Responden pelajar telah memilih kemudahan dan peralatan yang mencukupi manakala guru dan staf sokongan memilih proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai indikator yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan bengkel elektrik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 04 Apr 2011 01:40
Last Modified: 22 Dec 2019 06:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/748
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year