UTHM Institutional Repository

Gaya kepimpinan di kalangan usahawan PKS yang berasaskan teknologi

Mohd Noor, Farhanah (2015) Gaya kepimpinan di kalangan usahawan PKS yang berasaskan teknologi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
farhanah_mohd_noor.pdf

Download (4MB)

Abstract

Pelbagai usaha dirancang dan dilaksanakan untuk memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi termasuklah pengenalan kepada program inkubator yang bertindak untuk membimbing usahawan yang berasaskan teknologi. Walaubagaimanapun, PKS yang berasaskan teknologi ini didapati menghadapi kesukaran dalam mencapai inovasi yang cemerlang. Kajian lepas mendapati kepimpinan merupakan satu daripada tiga faktor utama yang memastikan keberkesanan inovasi. Justeru itu, kajian ini djalankan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan di dalam PKS yang berasaskan teknologi. Di samping itu, kajian ini juga turut melihat pengaruh ciri profil demografi pemimpin terhadap gaya kepirnpinan yang diamalkan. Bag mencapai objektif kajian, kaedah kajian tinjauan diaplikasikan dengan menggunakandua set borang soal seliQk. Set yang pertama t e r b daripada enam item yang berkaitan dengan ciri profil demogr&i, manakala set yang kedua merupakan borang soal selidik MLQ-5X yang dibangunkan oleh Bass dan Avolio. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sociul Science yang melibatkan analisis statistik desknptif dan analisis statistik iderensi Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa gaya kepimpinan transfomasional rnerupakan gaya kepimpinan yang seringkali kamalkan olehusahawan PKS yang berasaskan teknologi. Gaya kephnpinan yang diamrtlkan ini juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan umw, pengalaman dan juga tempoh perkhidmatan pernimpin di dalam syarikat. Memandangkan kajian yang melibatkan kepirnpinan di dalam PKS yang berasaskan teknologi adalah dalam kuantiti yang sedikit dan lebih tertumpu kepada negara-negara luar, kajian ini akan dapat menyumbangkan sedikit pengetahuan yang boleh dimanfaatkan di dalam bidang berkaitan daripada perspektif situasi di Malaysia. Selain itu, kajian ini dijalankan dengan rnengambil lura penilaian para pekerja terhadap para pemimpin berbanding perspektif pernimpin itu sendiri. Ini kerana, perspektif daripada para pekerja dapat mernberikan gambaran yang lebih komprehensif terhadap pemimpin berbanding analisis daripada perspekhf pemimpin itu sendiri.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jan 2016 07:11
Last Modified: 20 Jan 2016 07:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7484
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year