UTHM Institutional Repository

Persepsi pelajar diploma kejuruteraan awam, KUiTTHO terhadap manual pengendalian dan penyelenggaraan mesin pengetam kayu

Yusof, Mohd Faizal (2003) Persepsi pelajar diploma kejuruteraan awam, KUiTTHO terhadap manual pengendalian dan penyelenggaraan mesin pengetam kayu. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PERSEPSI_PELAJAR_DIPLOMA_KEJURUTERAAN_AWAM,_KUiTTHO_TERHADAP_MANUAL_PENGENDALIAN_DAN.pdf

Download (765kB)
[img] Text (Full Text)
PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM, KUiTTHO TERHADAP MANUAL PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARA full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Mesin pengetam kayu merupakan mesin yang mempunyai risiko paling tinggi berbanding mesin-mesin lain di bengkel kayu. Kecuaian semasa penggunaanya boleh mengakibatkan kemalangan yang serius. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Diploma Kcjurutcraan Awam tcrhadap Manual Pengendalian dan Penyelenggaraan Mesin Pcngetam Kayu. Manual yang dihasilkan adalah dalam bentuk yang bercetak. Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah soal selidik dimana pemilihan sampel dilalukan secara rawak dan setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih. Seramai 35 responden yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Awam dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik. Data analisis menggunakan SPSS versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min, Dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi positif atau bersetuju bahawa manual yang terhasil dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka. Responden juga bersetuju bahawa manual yang terhasil berada pada tahap yang sesuai. Di bahagian akhir kajian ini beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah dikemukakan untuk mcmpcrbaiki kelemahan yang dikesan pada manual tersebut. Adalah diharapkan pelajar-pelajar Tahun 2 Diploma Kejuruteraan Awam dapat memanfaatkan manual ini dengan baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 04 Apr 2011 07:11
Last Modified: 23 Dec 2019 00:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/760
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year