UTHM Institutional Repository

Kajian persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel kejuruteraan awam (perkayuan)

Mior Ismail, Mior Mohd. Suhairin (2003) Kajian persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel kejuruteraan awam (perkayuan). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24_Pages_from_KAJIAN_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_KEJURUTERAAN_AWAM_(PERKA.pdf

Download (896kB)
[img] Text (Full Text)
KAJIAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEJURUTERAAN AWAM (PERKAYUAN) full.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Amalan keselamatan memainkan peranan utama dalam mengekalkan keselamatan di bengkel dan makmal. Setiap individu dan organisasi perlu sentiasa berwaspada dan mengamalkan keselamatan dengan bijaksana. Kajian ini meninjau sejauh manakah keselamatan bengkel diamalkan oleh pihak yang terlibat dalam melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja-kerja amali di bengkel dan juga makmal di mana keselamatan adalah berkait rapat dengan matlamat pendidikan itu sendiri. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bengkel dan makmal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Responden kajian ini terdiri daripada 45 orang pelajar Semester 1 dan 2, Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Ipoh, Perak. Kesemua data dianalisis dalam bentuk skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian 'Statistical Package for Social Science Series' (SPSS v11.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek keselamatan diberi perhatian yang wajar sama ada di makmal atau di bengkel.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 04 Apr 2011 07:20
Last Modified: 23 Dec 2019 00:33
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/761
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year