UTHM Institutional Repository

Penilaian impak alam sekeliling dan pembangunan perumahan di lereng bukit

Seow , Ta Wee and Dalimin, Mohd Noh and Ahmad, Madya Herawati (2015) Penilaian impak alam sekeliling dan pembangunan perumahan di lereng bukit. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0468-97-6

Full text not available from this repository.

Abstract

Isu Pelaksanaan dan penguatkuasaan Penilaian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA) dalam kalangan industri pembinaan merupakan satu isu sentiasa dipertikaikan terutamanya berkaitan dengan pembangunan di kawasan lereng bukit. Buku ini cuba mengetengahkan isu khususnya berkaitan dengan pembangunan perumahan di kawasan lereng bukit. Buku ini menghuraikan isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan pembangunan di kawasan lereng bukit di Malaysia. Dalam pada itu, mengupas isu-isu penguatkuasaan EIA di Malaysia yang disebabkan oleh masalah pemaju yang ingkar, penipuan maaklumat dan tidak melakukan langkah tebatan. Masalah ketidakpatuhan EIA di kawasan lereng bukit telah memberi kesan kepada kejadian hakisan tanah dan kesan ke atas kestabilan cerun, kesan ke atas landskap. Kaedah penyelesaian kepada isu penguatkuasaan EIA bagi mencapai kelestarain pembangunan di kawasan lereng bukit yang berkaitan dengan perundangan persekitaran, sokongan padu daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional juga turut dikritik dalam penulisan ini. Lima elemen model yang menyokonng penguatkuasaan berkesan dibentuk dan dihurai dengan teliti berdasarkan kepada kajian kes di kawasan sekitar Negeri Selangor. Kelima-lima element model tersebut telah memberi nafas baru dalam isu penguatkuasaan EIA di Malaysia. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai buku rujukan bagi para penyelidik, pelajar universiti, pensyarah, pihak melaksanakan penguatkuasaan EIA serta sesiapa yang berminat dengan kajian EIA dan isu penguatkuasaan EIA di Malaysia.

Item Type: Book
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 15 Mar 2016 05:24
Last Modified: 15 Mar 2016 05:24
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7633
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item