UTHM Institutional Repository

Pengukuran dan penilaian dalam latihan profesional guru PTV terhadap penjaminan kualiti pentaksiran latihan mengajar

Che Mohamad Zahid, Nor Hartini and Puteh, Saifullizam (2015) Pengukuran dan penilaian dalam latihan profesional guru PTV terhadap penjaminan kualiti pentaksiran latihan mengajar. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Proses pengajaran amali teknikal adalah berbeza dengan proses pengajaran teori. Proses pengajaran amali di dalam bengkel atau makmal memerlukan guru yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi untuk memberi keberkesanan dalam proses pengajaran tersebut. Seorang tenaga pengajar teknikal dan vokasional yang akan melahirkan tenaga pendidik teknikal dan vokasional haruslah mempunyai tahap kompetensi kemahiran yang tinggi. Oleh itu, satu instrumen yang sah dan boleh dipercayai diperlukan untuk mengukur nilai kompetensi agar kemahiran tersebut dapat dikenalpasti dan ditingkatkan sebelum guru pelatih melangkah ke alam kerjaya. Dicadangkan pembinaan rubrik perlu berdasarkan Modul Standard Guru Malaysia dengan merujuk kepada Model Pengukuran dan Penilaian Kompetensi tertentu seperti model kopentesi oleh Grant Brought et al. (2001). Penggunaan rubrik yang sesuai perlu dipilih sebagai instrumen untuk menilai pengajaran amali teknikal bagi menilai pengajaran guru pelatih. Selain itu, penggunaan rubrik memastikan penilaian adalah telus dan tiada bias kerana rubrik akan mengikut piawaian yang telah ditetapkan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: latihan mengajar; pengajaran amali teknikal; rubrik penilaian; kualiti pentaksiran
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 14 Aug 2018 01:32
Last Modified: 14 Aug 2018 01:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7656
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item