UTHM Institutional Repository

Impak inovasi teknologi kepada kemahiran abad ke-21 dalam latihan Guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dan Latihan (11-TVD)

Megat Salleh, Nan Nurul Hidayah and Puteh, Saifullizam (2015) Impak inovasi teknologi kepada kemahiran abad ke-21 dalam latihan Guru Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dan Latihan (11-TVD). In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam usaha untuk menentukan aspek-aspek kemahiran inovasi teknologi dalam pendidikan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam Latihan Guru PendidikanTeknikal dan Vokasional dan Latihan (TT-NET), isu mengenai guru-guru teknik dan vokasional dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam memenuhi perkembangan semasa berkaitan dunia industri dibincangkan. Usaha yang perlu dilakukan bagi memastikan lonjakan keempat dan lonjakan ketujuh iaitu graduan NET berkualiti dan ekosistem inovasi dala,m PPPM 2015-2025 yang dilancarkan pada 7 April 2015, dapat dicapai melalui peningkatan kemahiran inovasi teknologi dalam kalangan guru teknik dan vokasional. Menurut laporan rasmi dari Bank Dunia dan UNESCO-UNEVOV, guru-guru teknik dan vokasional di negara-negara membangun, terutamanya di rantau Asia Tenggara, sering tidak menepati permintaan pasaran ke dalam alam pekerjaan kerana mereka kekurangan kemahiran pedagogi. Jangkaan hasil kajian, model pengetahuan kandungan pedagogi teknologi (TPACK) yang akan digunakan membantu peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru teknikal dan vokasional.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: inovasi teknologi; kemahiran abad ke-21; latihan guru pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan (TT-TVET)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 14 Aug 2018 01:32
Last Modified: 14 Aug 2018 01:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7659
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item