UTHM Institutional Repository

Penilaian pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik

Ariffin, Noor Farina (2006) Penilaian pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] PDF
24_Pages_from_PENILAIAN_PENGURUSAN_PENGETAHUAN_DI_KALANGAN_PENSYARAH_POLITEKNIK.pdf

Download (703kB)

Abstract

Pembangunan yang berasaskan ilmu pengetahuan telah meletakkan pendidik sebagai entiti utama mendepani cabaran ini. Sehubungan itu pendidik memerlukan perubahan dalam proses mengurus pengetahuan memandangkan pendidik merupakan entiti yang sentiasa berinteraksi dengan pelbagai sumber pengetahuan setiap hari. Namun persoalan yang timbul ialah adakah pendidik dapat mengaplikasikan pengurusan pengetahuan melalui interaksi dengan pelbagai sumber dengan sebaiknya? Sehubungan itu, penilaian berterusan terhadap amalan ini sepatutnya dilakukan bagi memperbaiki setiap kelemahan yang timbul serta memperbaharui kelebihan sedia ada. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik. Sampel kajian melibatkan seramai 135 responden dari 4 buah politeknik di Malaysia. Responden terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari kesemua jabatan politeknik yang terlibat. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS J 2. O. Statistik diskriptif melibatkan skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menilai tahap pengurusan pengetahuan, manakala Korelasi Spearman digunakan untuk mengukur interaksi yang wujud antara pensyarah dengan sumber. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengurusan pengetahuan pensyarah berada di tahap tinggi Cskor min = 4.42) manakala terdapat interaksi yang sederhana antara pensyarah dengan sumber teknologi Crs = 0.665), interaksi yang kuat antara pensyarah dengan teknik Crs = 0.716), dan interaksi yang sederhana antara pensyarah dengan sumber manusia Crs = 0.636). Secara keseluruhannya amalan mengurus pengetahuan akan menjamin perkembangan ilmu di kalangan pendidik terutamanya dari bidang teknikal di politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Depositing User: Norfauzan Md Sarwin
Date Deposited: 04 Apr 2011 08:51
Last Modified: 29 Apr 2011 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/766
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year