UTHM Institutional Repository

Membangunkan kit sistem enjin empat lejang dalam mata pelajaran KHB

Abdul Samad, Khalid and Masek, Alias (2015) Membangunkan kit sistem enjin empat lejang dalam mata pelajaran KHB. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan alat dan bahan sebenar banyak berlangsung dalam mata pelajaran KHB di antaranya ialah topik yang berkaitan dengan tajuk enjin yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran KHB. ABBM yang ada adalah terdiri daripada enjin sebenar yang pada amnya terlalu berat untukdiubah alih, dan lagi ada kalanya boleh menyebabkan ramai guru, terutamanya guruguru perempuan yang mengajar di bilik khas mereka terlepas pandang dari menggunakan bahan ABBM tersebut, jadi dengan kajian membangunkan kit model enjin 4 lejang ini adalah diharapkan masalah tersebut dapat diselesaikan dan penambahbaikan PdP dapat ditingkatkan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Daerah Kulim Kedah. Kajian ini dijalankan untuk menentukan PdP Kemahiran Hidup dapat diinovasikan. Seiain itu ianya juga bertujuan untuk memperbaiki prestasi, sikap kerjasama dan juga minat pelajar terhadap mempelajari KHB. Kajian ini disasarkan kepada guru dan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu Kedah. Berdasarkan model ADDlE iaitu Analysis, Design, Development, lrnplementation dan Evaluation. Kit model enjin empat lejang ini diharapkan mendapat pengesahan pakar berkaitan kebolehgunaan, kebolehfungsian serta reka bentuk untuk kegunaan guru dan pelajar. Diharap hasil kajian ini dapat menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pernbelajaran dan seterusnya melonjakkan prestasi pelajar dalarn topik yang dikaji.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: mata pelajaran KHB; kit model; ABBM
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 14 Aug 2018 01:32
Last Modified: 14 Aug 2018 01:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7662
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item