UTHM Institutional Repository

Pembangunan ABBM penapis air

Salleh, Azizah and Masek, Alias (2015) Pembangunan ABBM penapis air. In: 5th Conference In Education-Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2015), 1-2 December 2015, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Daiam mata pelajaran Kemahiran Hidup, topik Reka Cipta merupakan Bab 1 Tingkatan Tiga. Secara umum, topik tersebut tidak menjadi suatu masalah, namun disebabkan tahap pemikiran kreatif pelajar tidak berkembang mungkin disebabkan faktor tiada pengalaman, tiada pendedahan dan tidak dapat , menggambarkan secara jelas kehendak topik tersebut mengikut Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara khususnya, projek ini akan membantu pengkaji bagi menjeiaskan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan suatu produk yang dibina atas suatu dasar permasalahan dan seterusnya berjaya digunakan. Penghasilan model ini juga akan membantu pelajar bagi menghasilkan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai bagi memenuhi keperluan semasa. Penghasilan model ini turut menjadi panduan kepada pelajar memahami 1 d proses tapisan air yang tidak bersih (terdapat bendasingdalam unsur air). Secara tidak langsung, kreativiti dan inovasi pelajar dalam menghasilkan sesuatu adalah bertepatan dengan kehendak kementerian. Kegagalan pelajar memahami konsep topik tersebut yang melibatkan pemahaman teknik boleh diatasi dengan Alat Bahan Bantu Mengajar yang dibina oleh guru. Dengan Alat Bahan Bantu Mengajar ini, pelajar akan dapat diberi pendedahan bagaimana untuk menjana pemikiran kreatif dan kritis dan akan menjadi faktor terhadap tahap keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran supaya tidak terbatas. Penggunaan ABBM dalam teknologi proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas akan menjadikan proses PdP lebih menarik minat pelajar dan menjadikannya lebih berkesan kerana lebih mudah difahami

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kemahiran hidup; reka cipta; sukatan pelajaran; ABBM
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mrs. Nurhayati Ali
Date Deposited: 13 Aug 2018 03:41
Last Modified: 13 Aug 2018 03:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7667
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item