UTHM Institutional Repository

Retak pada silinder padu

Ismail, Al Emran (2015) Retak pada silinder padu. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-0764-23-8

Full text not available from this repository.

Abstract

Pendekatan mekanik patah banyak digunakan untuk menganalisis kegagalan sesuatu struktur kejuruteraan. Terdapat banyak kaedah yang digunakan sebagai daya pemancu retak dalam kajian terhadap retak dan yang paling banyak digunakan ialah faktor keamatan tegasan dan kamiran-J. Buku ini menumpukan perbincangan terhadap kelakuan retak permukaan pada silinder padu yang dikenakan beban tunggal dan tergabung. Dalam menganalisis kelakuan retak, faktor keamatan tegasan digunakan sebagai daya pemancu retak. Perisian analisis unsur terhingga ANSYS digunakan dalam mengira faktor keamatan tegasan ini di sepanjang retak depan. Terdapat lima bab yang dikemukakan dalam membincangkan kelakuan retak permukaan ini. Bab pertama membincangkan kepentingan buku ini dan juga tujuan utamanya. Bab kedua pula menerangkan asas dan latar belakang mekanik patah serta perkembangan kajian yang berkaitan dengan retak permukaan ini. Manakala, Bab ketiga menerangkan kaedah kajian yang digunakan untuk mengkaji retak permukaan. Bab keempat membincangkan kelakuan mekanikal retak permukaan yang terkandung pada silinder padu dan dikenakan beban tunggal dan tergabung. Akhirnya, Bab kelima merumuskan hasil perbincangan dalam buku ini.

Item Type: Book
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Engineering Mechanics
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 07 Mar 2016 07:32
Last Modified: 07 Mar 2016 07:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7668
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item